Resepi Lemang yang dimasak di dalam Tin

Resepi masak lemak menggunakan tin. Lepas ni kita melemang sendiri je dalam rumah masing-masing. Penyediaan yang mudah dan rasanya Insha Allah tak kalah dengan rasa lemang yang dimasak di dalam buluh. Jom buat. Ajak satu keluarga bantu.

Bahan-bahan dan cara penyediaannya adalah seperti berikut:

  • Cuci dan toskan 500g beras pulut.
  • Sediakan 5 tin susu + daun pisang.
  • Masukkan beras pulut tadi sehingga 3/4 penuh tin.
  • Masukkan santan kara (yang telah dibancuh dengan air panas dan garam secukup rasa) ke dalam tin separas beras tapi dilebihkan sedikit asalkan menutupi beras.
  • Bakar pada suhu 160 darjah selama 1 jam setengah, guna dulang oven sebab takut santan panas melimpah keluar kena besi pemanggang.
  • Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
Baca juga :  Gulai Ikan Tongkol sangat popular di Negeri Terengganu sebab ianya adalah lauk utama Nasi Dagang. Jom cuba buatnya!

Selamat mencuba. Kalau tidak mempunyai tin guna cawan kertas pun boleh, tapi tetap kena alas daun pisang. Daun pisang yang buat penyedap. Pakat share ye raya nanti boleh makan lemang kot la PKP dilanjutkan sehingga raya.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Rdija Ayob melalui Facebook Aku Masak Ko Yang Panas dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.