Menu orang dulu-dulu. Pisang muda masak lemak cili api kemudian campur bilis dan tempoyak. Memang nostalgia sangat-sangat. Jom cuba resepi dibawah sekiranya anda rindu air tangan mak atau arwah mak kita. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Suisan Aliezsha. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Pisang muda yang telah dicuci bersih-bersih, kemudian diotong serong dan direndam dengan air garam dan asam keping. Saya guna pisang emas tau. Ada yang guna pisang kapas sebab lagi sedap.
- Sediakan Cili api dan kunyit hidup secukupnya dan ditumbuk. Kalau suka tempoyak boleh masukkan tempoyak mengikut kesukaan anda.
- Asam keping dan ikan bilis secukupnya.
- 1 biji setengah Kelapa parut kemudian diperah untuk ambil pati santanya.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Pisang tu ikut kesukaan masing-masing nak banyak mana. Kalau lebih dari sesisir jangan lupa lebihkan kelapa. Biar kuah nanti pekat.
- Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang.
- Masak dan kacau sehingga mendidih. Agak-agak pisang hampir lembut masukkan tempoyak. Pastikn garam secukup rasa.
Dah siap. Selamat mencuba semua.