Resepi dan cara untuk membuat Agar-agar Pandan Santan yang paling sedap!

Resepi Agar – Agar Pandan Santan by Mr.Ali. Yang penting sedap, mudah, rasa berlemak. Sebelum tu jangan lupa share, like dan komen ye. Selamat mencuba semua. Jom buat!

Bahan – Bahan yang diperlukan adalah:

  • Loyang 8 inci.
  • 12 gram agar agar tali.
  • 4 cawan air.
  • 4-5 helai daun pandan.
  • 200ml santan.
  • 1 biji telur.
  • 125 gram gula / setengah cawan gula.

Resepi ni saya memang kurangkan gula, kalau nak manis boleh lebihkan okay.

Cara – Cara untuk membuatnya:

  1. Blend 4-5 daun pandan ditambah 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap air pandan.
  2. Kacau sebati 200 ml santan ditambah 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan tambah telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan.
  3. On api, masukan 4 cawan air tambah 12 gram agar – agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.
  4. Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula + air pandan + santan dan telur + 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal.
  5. Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nak bagi santan dia terpisah dengan air.
  6. Bila dah 1-2 minit. Off api .Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci.
  7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan dalam peti selama 2 jam. Then dah boleh makan.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Gulai Kerutuk Daging. Lembut je bila dah siap masak!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.