Langkah Lengkap yang mudah untuk membuat Daging Masak Hitam Style Kenduri

Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Daging Masak Hitam style kenduri yang sangat sedap dan memikat deria rasa anda. Terima kasih kepada Resepi Ibu. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Daging 2 kilo.
  • Kicap manis&kicap pekat.
  • Cili kering 20 tangkai dikisar.
  • Bawang besar 2 biji.
  • Bawang putih 10 ulas.
  • Halia 5-6 hiris.
  • Serai 2 batang.
  • Buah keras 5 biji.
  • Kismis 1 genggam.
  • Jintan manis 1 sudu kecil.
  • Lada hitam 1 sudu kecil.

Perapkan daging dengan kicap manis dan kicap pekat bersama cili kering yang telah dikisar.

Perapkan selama lebih kurang 2 hingga 3 jam hingga semua bahan sebati.

Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Berempah yang Juicy di dalam serta rangup di luar.

Sementara menunggu daging perapan kita tadi sebati. Kisarkan dulu bahan-bahan diatas.

Bekas bewarna biru adalah bahan kisar dari bawang besar, bawang putih, halia. Manakala Bekas pink pula adalah bahan kisar dari serai, kismis, buah keras, jintan manis dan lada hitam.

Apabila minyak dah panas, tumiskan dahulu 4 sekawan kemudian masukkan bawang yang telah dikisar tadi.

Apabila bawang kisar tadi dah ditumis garing, masukkan pula rempah yang telah dikisar pula.

Apabila dah pecah minyak macam ni baru masukkan daging. Gunakan api perlahan dan jangan letak air nanti daging keluar air yang banyak.

Baca juga :  Cara untuk menyediakan Daging Masak Hitam dengan mudah

Masak sampai kering macam ni. Ikutkan tak payah tambah gula & garam lagi dah ngam-ngam rasa tapi sebab saya suka manis letak juga 2 sudu. Nak kering macam ni api kena perlahan dan masak lebih kurang 3 jam. Berbaloi dan puas makan.

Lepas panaskan hari ni makan lagi sedap. Letak bekas kecil dan simpan dalam peti ais. Nak makan panaskan je. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.