Langkah dan cara untuk membuat Cili Jeruk yang Rangup dan sedap!

Cili jeruk adalah antara hidangan sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Kalau makan mi, nasi goreng atau kuetiau goreng memang sedap dinikmati bersama cili jeruk ni. Kuah jeruk tu kalau cicah dengan ikan goreng pun sedap tau. Meh kita cuba resepi cili jeruk oleh Lind Razak ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Cili hijau segar – basuh dan lap kering-kering.
  • Balang kaca – basuh & lap kering-kering.
  • Gula secukupnya.
  • Garam secukupnya.
  • Cuka makan.

Cara-ara untuk membuatnya:

  1. Pilih cili yang segar dan basuh bersih. Kemudian keringkan hingga tiada kesan air.
  2. Untuk menyimpan cili jeruk, guna balang kaca. Pastikan balang juga dibasuh bersih dan di lap hingga kering.
  3. Potong cili. Jangan potong terlalu tebal atau terlalu nipis. Sedang-sedang sahaja. Kemudian tampi sedikit bagi mengeluarkan bijinya.
  4. Ambil cili dan masukkan separuh ke dalam balang. Seterusnya masukkan 2 sudu makan gula. Kemudian masukkan lebihan cili potong tadi dan masukkan 2 sudu makan gula lagi.
  5. Masukkan sedikit garam dan tuang cuka mengikut jumlah yang dikehendaki. ( empunya resipi letak cuka pada paras cili.)
  6. Tutup penutup balang dan goncangkan. Ia bertujuan untuk melarutkan gula dan garam yang dimasukkan tadi.
  7. Simpan semalaman dan cili jeruk ni boleh dinikmati pada keesokan harinya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Jagung Rebus Krim Cheese Leleh yang sangat mudah dan sedap!

Info tambahan:

Cili dan balang perlu kering dan tidak ada air supaya cili yang dijeruk tahan lama. Cili jeruk ini boleh tahan berbulan-bulan. Boleh disimpan dalam peti sejuk atau letak dekat meja dapur sahaja pun boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.