Cara untuk membuat menu makan malam yang ringkas. Ikan Goreng Berkuah Masam-masam manis.

Saja nak kongsikan resepi petang ni. Bagi idea kot taktau nak masak apa kan. Ikan goreng simbah kuah masam manis. Sedap pun sedap. Mudah untuk disedikan tau.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hana A.Razak. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan kembung digoreng terlebih dahulu.
  • 2 sudu bawang kisar.
  • 2 sudu cili kisar.
  • 1 sudu sos tomato.
  • 1 sudu sos cili.
  • Gula perang, Garam secukupnya.
  • Capsicum, Carrot, Bawang besar dan Daun limau purut secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pertama sekali, tumiskan dulu bawang yang telah dikisar. Bawang merah dan bawang putih tu kalau nak hiris, dalam 2 biji bawang merah dan 2 biji bawang putih.
  2. Bila bawang yang ditumis tadi dah naik bau, masukkan pula cili kisar dalam 2 sudu cukup lah kot. Malam tak makan banyak mana pun kan. Nak pedas tambah lagi cili tu.
  3. Kemudian, bila cili dah masak, dah naik minyak. Masukkan sos tomato pula. Saya tak letak air asam jawa sebab dah masuk sos tomato ni. Masukkan cili sos juga. Bagi berseri lagi.
  4. Kemudian masukkan gula perang sikit dalam setengah sudu besar untuk bagi balance rasa masam pedas tu. Garam jangan lupa. Sikit je sebab sos pun dah ada rasa garam kan.
  5. Masukkan carrot, bawang besar dan daun limau. Ikut korang nak potong macam mana. Bila carrot separuh masak, baru letakkan capsicum.
  6. Dah cukup rasa semuanya baru tutup api. Oh ya, ikan jangan lupa goreng pulak. Goreng biasa je taruk garam kunyit. ikan apa terpulang pada korang okey.
  7. Susun ikan dalam mangkuk, lepas tu mandikan lah dengan kuah yang kita buat tadi. Sedap dan mudah.
Baca juga :  Resepi Fettucine Carbonara lemak berkrim yang senang untuk disediakan.

Selamat memasak dan selamat menjamu selera semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.