Cara buat Sambal Ikan Pari Kering yang super sedap. Lagi garing lagi padu!

Cara buat Sambal Ikan Pari Kering yang super sedap. Lagi garing lagi padu! Kesukaan saya sejak kecil. Jom cuba menu Sambal ikan pari kering yang dikongsikan oleh Puan Zizah Miezi. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan pari kering. Saya beli yang nipis.
  • Sebiji bawang besar.
  • Seulas bawang putih.
  • 5 sudu makan cili kering diblender.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak kemudian gorengkan ikan pari kering yang dah dibasuh.
  2. Bila dah garing boleh angkat. Kemudian, kurangkan minyak dalam kuali.
  3. Tumis bawang merah & bawang putih yang dihiris.
  4. Bila dah naik bau masukkan cili blend.
  5. Masukkan garam. Ikut tahap kemasinan ikan pari kering anda.
  6. Masukkan sedikit ajinamoto dan sambung tumis sehingga cili masak.
  7. Masukkan ikan pari kering yang digoreng garing tadi dan kacau sebati dan perasakan.
Baca juga :  Resepi Kepak Ayam Manis dan Pedas

Dah siap. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.