Resepi lengkap untuk membuat Kuah Lemak Lontong. Terbaik untuk anda sekeluarga rasa!


Alhamdulillah Kuah lontong in the house. Request dari my lovely husband semalam, katanya teringin nak makan lontong. Dekat bawah nie saya share resepi kuah lontong untuk anda semua cuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Sabiha Rosli dan اراني زواوي. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/4 biji kubis.
  • 1 batang carrot – potong panjang.
  • 9 batang kacang panjang.
  • 1 ikat soo hoon.
  • 1 keping fucuk – potong panjang.
  • 1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu.
  • 2 batang serai – ketuk.
  • 1 cawan udang hidup.
  • 1/2 biji kelapa parut.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Serbuk kunyit.

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • 8 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci kunyit hidup.
  • 1 inci halia.
  • 2 sudu besar udang kering.
Baca juga :  Resepi Sambal Bilis Garing

Cara-cara membuatnya:

  1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
  2. Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras kemudian masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
  3. Masukkan kunyit sampai warna nampak cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yang digoreng. Apabila Sayur dah empuk dan lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api yang perlahan je.
  4. Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan bersama nasi himpit atau apa sahaja yang anda suka.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.