Cara untuk membuat Kuih Akok Kedut dengan hanya menggunakan pembakar roti. Mudah dah cepat!

Projek untuk breakfast esok hari. Akok kedut guna pembakar roti je ni. Alhamdulillah, suami suka. Sedap di makan panas-panas dan tak bau hanyir telur walaupun dah sejuk. Resepi saya dah adjust sikit. Masak air gula & sejukkan kemudian.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan air + Gula pasir + gula merah + daun pandan. Sukatan ikut kemanisan masing. Jadikan sebagai air gula.
  • 5 biji telur ayam.
  • Sedikit perisa pandan.
  • Secubit garam.
  • Santan 1/2 kotak (size kecil).
  • Tepung gandum 3 sudu makan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan kesemua bahan diatas dalam 2 minit.
  2. Kemudian, masukkan 2 sudu minyak masak untuk effect golden brown.
  3. Masukkan air gula yang dah sejuk tadi dan kisarkan sekejap.
  4. Kemudian, bakar sampai warna bertukar kepada perang keemasan.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bun Sardin sebagai menu sarapan pagi dan minum petang anda!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.