Resepi Lobak Putih Masak Lemak. Sedap dan banyak khasiat yang baik untuk anda.

Sayur lobak putih nih selalu jual dipasar tapi takut nak belikan. Bagi yang tak pernah beli, cuba beli.

Cuba buat masakan lemak lobak putih. Lagi selera bila dimakan bersama ikan goreng dan sambal belacan. Bila dah makan, memang akan suka. Rasa memang macam gini, saya jamin. Cubalah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 batang lobak putih(dipotong hiris).
  • ½batang lobak merah(dipotong hiris).
  • 1 batang cili hidup merah(dihiris).
  • 1 batang cili hidup hijau(dihiris).
  • ½biji bawang merah (dihiris).
  • 2 ulas bawang putih(dihiris).
  • Halia 1 cm (dihiris).
  • Serai (1 batang dikatok).
  • Serbuk lada hitam (hujung sudu kecil).
  • Garam dan Serbuk perasa.
  • 1 kotak kecil santan Kara.
  • Air masak 800ml.
  • Udang 5 ekor (jika suka).
Baca juga :  Resepi Putu Mayam Simple Menggunakan Bihun Sahaja

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan Dalam periuk kemudian masukkan air sebanyak 800 ml dan santan 1 kotak. Gaulkan hingga sebati.
  2. Masak atas api yang perlahan kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  3. Tunggu sehingga sedikit mendidih dan tutupkan api. Sedia untuk dihidangkan bersama menu lain.

Khasiat lobak putih:

  • Meringankan gugup dan darah gemuruh.
  • Baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan.
  • Mengatasi masalah pencernaan.
  • Meredakan sembelit.
  •  Baik untuk mereka yang menghidap bronchitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.
  • Membantu mengurangkan kelebihan berat badan atau obesity dan melarutkan batu empedu..
  • Baik untuk pesakit diabetes.
  • Baik untuk mereka yang mengalami masalah kencing kurang lawas.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.