Cara untuk membuat Kuih Bahulu dengan mudah

Kali ni saya nak kongsikan kepada anda untuk membuat kuih bahulu dengan mudah dan yang paling penting sedap. Bahan pun sikit je. Jom la cuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Tepung gandum 1½ cawan.
  • Gula ¾ cawan.
  • Telur 5 biji.
  • Sedikit esen vanilla.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan gula, telur dengan esen vanilla hingga kembang dan berbuih.
  2. Tepung gandum tadi perlu disangai atas api sampai jadi ringan dan kemudian ayakkan tepung tadi.
  3. Masukkan tepung sikit-sikit ke dalam adunan telur.
  4. Acuan bahulu tadi perlu disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Masukkan acuan kosong kedalam oven. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.
  5. Kemudian barulah dituankan adunan bahulu tadi kedalam acuan. Bakar pada suhu 180 darjah selama lebih kurang 15 hingga 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Carbonara Frozen yang akan memudahkan anda menyediakanya kelak.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.