Cara Membuat kuih Semperit Susu Rangup yang Mudah


Seperti yang dijanjikan. Kami kongsikan kepada anda cara membuat semperit yang mudah dengan menggunakan 4 bahan utama sahaja. Insha Allah semperit anda akan rangup dan sedap. Terima kasih kepada Puan Cityzai Chek untuk resepi yang telah dikongsikan oleh Facebook Menu Apa Hari Ini.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk 1 adunan adalah:

  • 250 gram Buttercup.
  • Susu pekat (1/2 cawan).
  • Esen vanila (1 penutup tudung Esen vanila).
  • Tepung jagung 400 gram (beli pek kecil dah siap 400 gram).
  • Pewarna kuning sikit jika perlu.
  • Hiasan Buah Ceri.
  • Tepung kastad (3 Sudu makan).
Baca juga :  Cara membuat Apam Mekar Telur terlajak gebu dan sedap!

Cara-caranya adalah:

  1. Satukan butter dan susu dan pukul menggunakan mixer jika ada. Tak perlu sehingga kembang. Agak-agak sebati je masukkan tepung jagung dan Esen vanila. Kemudian uli adunan tadi sehingga sekata.
  2. Masukkan pula tepung kastad dan uli adunan tersebut sehingga menjadi doh yang agak-agak boleh di tekan dalam acuan.
  3. Tekan guna acuan dan hias mengikut kesukaan anda.
  4. Kalau bancuhan agak keras boleh tambah susu dan kalau bancuhan agak lembik boleh tambah tepung kastad.
  5. Bakar pada suhu 175 darjah selama 20-30 minit atau sehingga masak menggunakan api atas dan bawah.
Baca juga :  Cara membuat Kuih Bahulu Panas Segera

Selamat mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.