Resepi Kuih Puteri Ayu Coklat Cheese ini adalah antara Kuih Tersedap Yang Perlu Anda Semua Cuba.

Resepi Kuih Puteri Ayu Coklat Cheese ini adalah antara Kuih Tersedap Yang Perlu Anda Semua Cuba. Resepi ini mudah dan senang je nak buat dan yang pastinya sangat berbaloi dek kesedapanya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zara Zul. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan untuk adunan Cheese:

  • 250g Cream Cheese Tatura.
  • 20g Tepung Gandum.
  • 80g Gula Kastor.
  • 25ml Susu Cair.
  • 1 biji Telur Ayam.

Cara menyediakan adunan Cheese:

  1. Mixer terlebih dahulu cream cheese dengan gula, telur dan susu cair.
  2. Kemudian masukkan tepung dan mixerkan lagi sehingga sebati, licin dan tiada ketulan dalam adunan.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan sehingga suku acuan.
  4. Bila air kukusan betul-betul mendidih baru mula kukuskan adunan cheese tadi selama 3 minit dengan menggunakan api yang sederhana.
Baca juga :  Cara membuat Sambal Tomato Ayam Penyet

Bahan-bahan untuk Adunan Coklat:

  • 1 cawan minyak masa atau minyak jagung.
  • 1 cawan susu pekat.
  • 1 cawan susu cair.
  • 1 cawan serbuk koko.
  • 1/2 cawan gula membukit.
  • 3 biji telur gred A.

Bahan di bawah ni perlu diayak bersama ya:

  • 1 1/4 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • Secubit garam halus jika perlu.

Cara-cara untuk membuat dan melngkapkan Kuih Puteri Ayu Coklat Cheese:

  1. Masuk semua bahan di atas dalam blender dan kisarkan sebati selama lebih kurang 5 minit.
  2. Masukkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas besar yang telah diletakkan tepung yang telah diayak. Nak blender tepung sekali adunan pun boleh
  3. Kaup balik semua bahan sehingga adunan menjadi sebati kemudian tapiskan adunan.
  4. Kemudian, tuangkan adunan coklat ni ke atas bahagian cheese yang telah kita kukus tadi.
  5. Kukuskan semula kesemuanya dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit.
Baca juga :  Portugis Egg Tart yang pastinya membuatkan selera anda tergoda teruk!

Selamat mencuba.

One thought on “Resepi Kuih Puteri Ayu Coklat Cheese ini adalah antara Kuih Tersedap Yang Perlu Anda Semua Cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.