Sarapan Apa Pagi Ni? Jom Breakfast Pancake yang gebu dan mudah disediakan ini.

Sarapan Apa Pagi Ni? Jom Rasa Pancake yang gebu dan mudah disediakan ini. Resepi Simple Pancake ini telah dikongsikan oleh Puan Suharni Yusof. Selamat mencuba.

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu teh baking powder.

Kedua-dua bahan diatas ni perlu diayak bersama ya.

Bahan-bahan B yang diperlukan:

  • 1 cawan susu. Saya guna Susu HL / Low Fat.
  • 1 penutup esen vanilla.
  • 1 biji telur.
  • 1 sudu gula.
  • 1 sudu besar butter atau marjerin atau planta. Panaskan sehingga cair.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gunakan blender kemudian, masukkan semua bahan-bahan B dan blendkan sehingga semuanya sebati.
  2. Kemudian, masukkan bahan-bahan A tepung sedikit demi sedikit dan blendkan bersama.
  3. Panaskan kuali non stick anda. Tuangkan adunan pancake di tengah-tengah. Saya guna sesenduk penuh dan hasilnya akan sama saiz semua. Tunggu sehingga bahagian atas nampak masak dan warnanya menjadi sekata.
  4. Bila dah siap, angkat dan boleh dimakan dengan madu, coklat syrup ataupun jem. Kalau nak makan dengan sambal pun boleh.
Baca juga :  Jom kita sarapan esok pagi dengan Pancake Dorayaki yang sedap elok dan gebu untuk anda sekeluarga!

Saya guna cawan sukatan metrik dapat 7 kepingan pancake. Gandakan sukatan sekiranya anda nak buat banyak. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.