Dah ada menu kudapan yang sedap? Ini Cara Terbaik Untuk Buat Bingka Labu yang lembut dah rangup diluar.

Teringin sgt nk rasa bingka labu. Nak beli tak ada yang jual. Selalu yang ada jual bingka pandan jer Sedap rupanya bingka labu ni dari bingka pandan. Jadi saya nak kongsikan kepada anda semua resepi Bingka Labu by kitchen mama ina. Selamat mencuba. Saya guna sukatan cawan metrik. Kalau tak ada boleh guna cawan kopi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Labu secukunya dan direbus dan dilenyekkn kemudian jadikanya sebanyak 2 cawan labu.
  • 2 cawan tepung gandum diayak.
  • 1 cawan gula halus.
  • 1 cawan air ditambah 1 kotak santan kecil 200ml atau santan segar.
  • 2 sudu besar penuh majerin.
  • 1/2 sudu kecil garam. Untuk bagi rasa lemak santan.
  • 3 biji telur ayam. Buang matanya untuk elakkan hanyir.
  • 1 sudu kecil serbuk vanilla.
  • Bijan secukupnya.
Baca juga :  Resepi Kek Span Moist Panda Premiun yang sangat menggoda dan gebu gebas! Sepotong pasti tak cukup punya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mix atau kisarkan semua bahan kecuali bijan sehingga sebati.
  2. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam loyang. Sapukan sedikit majerin pada loyang supaya adunan tidak melekat. Bakar mengikut suhu oven masing-masing sehingga masak.

Nak bagi bingka kita cantik dan naik tingginya, perapkan adunan bingka kita tadi tu selama lebih kurang setengah jam sebelum dibakar. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.