Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Kepak Ayam Manis & Pedas. Boleh dijadikan sebagai lauk tambahan ataupun diratah begitu sahaja. Selamat mencuba ya.
Bahan-Bahannya:
- Kepak Ayam dibersihkan.
- Kicap manis.
- Sos tiram.
- Madu.
- Sos cili pedas.
- Serbuk sweet paprika atau serbuk cili.
- Serbuk black pepper.
- Bawang putih dan halia (termasuk kunyit tu yang kuning..ehehehe..tumbuk lumat yer). Halia tu dalam 2 ruas. Bawang putih dalam 10 ulas untuk 10 ketul chicken wings.
- Perencah cukup rasa. Kalau tak nak boleh letak garam dan gula secukup rasa.
Cara-Cara Memasak:
- Campurkan semua bahan secukup rasa.
- Perap selama sejam atau lebih.
- Panaskan minyak dalam kuali (sikit ajer).
- Tuangkan semua masuk. Guna api perlahan saja.
- So, biarkan masak. Alih-alihkan untuk elakkan hangit. Sedia untuk dihidang! Selamat Mencuba!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Amira Hassan.