Resepi dan Cara Untuk Membuat Kerabu Pucuk Paku. Pelengkap sajian yang terbaik!

Banyak hari dah teringin nak makan kerabu pucuk paku. Buat lah kejap. Nak makan dengan nasi dah tinggal separuh ralit duk ratah hihii. Allah sedapnya. Alhamdulillah. Saya share bahan dan cara buatnya ya.

Bahan-bahannya:

  • Pucuk paku (dipotong & dicelur).
  • Santan (dimasak hingga mendidih).
  • 3 ekor ikan rebus.
  • 3 ulas bawang merah.
  • 1 batang serai.
  • 1 inchi halia.
  • 4 sudu kelapa goreng.
  • Cili api (optional).
  • Garam, gula.
  • Budu.
  • Cuka atau asam limau.

Cara-caranya:

  1. Tumbuk isi ikan rebus, bawang, serai, halia, kelapa goreng hingga lumat. Saya chop jer, tak tumbuk hihii. Kemudian, masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam pucuk paku yang telah dicelur. Masukkan santan, garam, gula, sedikit budu dan cuka sebagai perasa.
  2. Kerabu ni sedap kalau ada rasa masam-masam sikit. Nak guna asam limau nipis atau asam limau kasturi pon boleh untuk gantikan cuka.
  3. Santan tu pula saya masak dulu hingga mendidih sebab nak elak kerabu mudah basi. Ok, gaul semua bahan tadi hingga sebati.
  4. Sambil gaul sambil rasa dia punya masam, masin, manis ya. Kalau tak ok, tambah apa apa yang kurang. Hmm nak dekat separuh buat rasa saja kalau saya la.
  5. Dan kerabu pucuk paku kita is donnee hihii. Senangkan. Selamat mencuba puan-puan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Bakar Daun Kunyit

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.