Kek Nestum ni memang gebu memang sedap memang laku keras. Kalau buat jualan. Jarang orang buat kek nestum. Jadi mak nak ajar korang buat. Kalau rajin buat jual kalau malas buat makan sendiri je.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 200 gram majerin.
- 150 gram gula perang.
- Sedikit esen vanila.
- 50 gram nestum original atau 2 peket yang macam gambar tu.
- 3 sudu besar susu pekat.
- 160 gram tepung naik sendiri.
- Telur ayam 5 biji.
- Kacang pecan.
Cara untuk membuatnya:
- Majerin dengan gula perang mix dulu smpai kembang sebati. Baru masukkan susu pekat 3 sudu besar dan mix sebati.
- Masukkan satu-satu telur ayam tadi. Total 5 biji ya. Kemudian slowkan mixer dan masukkan tepung.
- Selepas tu baru masukkan nestum.
- Lapik loyang pakai baking paper dan tuang adunan serta tabur kacang pecan diatasnya.
- Bakar pada suhu 170 darjah selama lebih kurang 45 hingga 55 minit api atas dan bawah. Bila dah siap, keluarkan dari oven dan tebalik kan pada board dan terbalikkan semula.
Dah siap. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Lieyaa Homemade.