Cara untuk membuat Adunan Crepe Rangup yang enak ala-ala Hot and Rolls. Cubalah!

Dulu kalau ke pasaraya mesti singgah stall Hot and Rolls. Rangup-rangup dengan aneka filling. Memang syok oi. Krup krap krup krap gituh. Sekeping tak cukup, rasa nak berkeping-keping. Buat sendiri lebih jimat.

Hari ini kakchik nak share resepi crepes. Nak buat pun tak susah mana, anak-anak mesti suka. Anak kakchik makan sekeping tak cukup. Masing-masing nak crepes filling pilihan sendiri.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Umi Watie. Terima kasih dan selamat mencuba. Jom kita start.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 sudu makan tepung gandum.
  • 2 sudu makan tepung jagung.
  • 4 sudu makan tepung beras.
  • 2 sudu makan gula.
  • 1 biji telur ayam.
  • 250 ml susu cair.
  • 1 sudu teh baking powder.
  • ½ sudu teh esen vanila.
  • Secubit garam.
  • Filling aneka pilihan seperti Keju parut, chocolate rice, sos spageti, nestum, sos cili, sos bbq dan biskut oreo. Jika nak letak sos atau apa sahaja yang anda nak pun boleh je.
Baca juga :  Cara untuk membuat Udang Goreng Butter Nestum yang sangat rangup dan menyelerakan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan kesemu bahan ke dalam bekas kecuali susu cair dan juga bahan untuk filling.
  2. Kemudian baru masukkan susu cair dan esen vanilla. Kacau guna whisk sahaja. Mudahkan? Perap selama 30 minit lebih kurang.
  3. Gunakan kuali anti lekat. Bubuh sesenduk kecil, lenggangkan kuali sampai adunan menjadi rata. Bila nampak bahagian tepi garing, bubuh filling kegemaran. Yang ini saya bubuh cheese dan coklat rice.
  4. Lipat segi tiga bila semua bahagian crepe garing. Ulang proses diatas dan pelbagaikan intinya. Baru puas hati. Inti kegemaran saya, bubuh sos spageti dan taburkan cheese. Macam makan pizza uiii.

Selamat mencuba.

 

 

Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Daging Kicap Pedas Manja. Pembuka Selera ketika berbuka nanti!
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.