Cara dan resepi lengkap untuk membuat Pure Butter Cake yang gebu dan cantik kejadiannya. Jom cuba!

Menghabiskan lebihan butter dalam peti sejuk. Anak-anak komplen cakap mama buat kek orang je. Tak buat kek dorang. Baiklah, jom kita buat kek untuk anak-anak pula. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Khairunnisa Mohammad. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

  • 250gram pure butter (Anchor/Golden Churn).
  • 200gram tepung naik sendiri.
  • 5 biji telur (gred A atau B).
  • 1/2 cawan susu segar (bagi moist kek).
  • 1/2 cawan gula kastor.
  • 1/2 cawan susu pekat manis (melembutkan kek).
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
Baca juga :  Resepi Mudah untuk membuat Kek Marble Susu yang sangat gebu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mix butter, gula dan esen vanila hingga kembang/putih.
  2. Masukkan telur satu persatu dan mix sebati.
  3. Masukkan tepung diselang selikan dengan susu segar dan susu pekat manis sambil mix.
  4. Last sekali masukkan garam dan mix sekejap.
  5. Bakar suhu 160/170 selama 1 jam atau hingga masak. Api atas bawah. Oven panaskan dulu ye 10 minit. I pakai loyang 7 inci. Loyang 8 inci lebih sesuai.

Selamat mencuba. Dah siap tu jangan lupa bancuh kopi sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.