Cara lengkap untuk membuat Sotong Masak Buttermilk yang padu dan sangat nikmat.

Takda caption panjang-panjang memandangkan harini baru hari kita fokus nak masak sedap-sedap je.

Jadi jom kita sama-sama cuba resepi sotong masak buttermilk yang sangat padu dan nikmat ini yang telah dikongsikan oleh Nuralia Idayu. Selamat mencuba.

Bahan dan cara untuk membuat Sotong celup tepung:

  • Sotong.
  • Telur 1 biji.
  • Serbuk oregano (penambah perasa).
  • Tepung jagung (2 sudu besar).
  • Tepung Bestari (original/spicy)
  • Gaulkan kesemua bahan sekaligus kecuali tepung Bestari. Celupkan sotong dalam tepung Bestari dan goreng sampai perang.
Baca juga :  Cara membuat Dimsum daripada Kulit Popia

Bahan untuk membuat Sos buttermilk:

  • Butter 2 sudu besar.
  • Bawang putih (4 ulas, cincang).
  • Cili api/cili padi (3 tangkai).
  • Daun kari (3-4 tangkai).
  • Susu cair .
  • Susu pekat (1-2 sudu besar).

Cara untuk membuat Sos buttermilk:

  1. Panaskan kuali, masukkan butter. Tunggu cair.
  2. Masukkan bawang putih – cili – daun kari.
  3. Tuang susu cair diikuti dengan susu pekat.
  4. Kalau rasa nak tambah garam sikit, ikut je.
  5. Agak-agak dah berbuih, letak sotong. Gaul kejap asalkan sebati. Tutup api. Ready to eat!
Baca juga :  Resepi dan Cara memasak Sizzling Yee Mee dengan hanya menggunakan kuali sahaja. Mudah dan sedap.

Selamat menjamu selera!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.