Resepi dan Cara Membuat Kari Kambing. Menu terbaik untuk daging korban anda tahun ini!

Hai peminat Kari Kambing. Fav saya sangat-sangat. Kuah dia tu biasanya buat cicah cekodok atau lempeng. Saya share cara saya masak. Jika korang ingin mencuba.

Dulu tak pandai gak masak kambing ni. Belajar dari arwah mak. Dapatlah masak sendiri bila teringin.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Daging kambing 1 kg. Cuci bersih-bersih dengan daun pandan dan toskan.
  • Cili kering, bawang besar dan kunyit hidup. Semua ini dikisar ya.
  • Halia, bawang merah, bawang putih semuanya dihiris. Korang nak blend pun boleh gak. Saya lebih suka hiris.
  • Penumis: Daun Kari dan Daun pandan.
  • Sedikit serbuk jintan manis & putih.
  • 1 peket setengah Rempah kari babas spicy saiz kecil (ayam & daging).
  • Kelapa parut 2 biji (perah amik pati santan).
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Pedas Korea

Cara membuatnya:

  1. Panaskn minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris, daun kari & daun pandan.
  2. Tumis seketika, masukkan pula cili kering yang diblend masak sehingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kambing & sedikit air. Rebus bagi daging kambing empuk. Kemudian masukkan rempah kari, jintan manis & jintan putih. kacau sebati.
  4. Agaknya bila dah empuk masukkan santan, asam keping. Kacau sehingga masak. Pastikan garam secukup rasa.
  5. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha. Terima kasih.

Baca juga :  Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api bersama ikan bilis. Juadah yang mesti dicuba untuk berbuka nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.