Resepi Pau Kukus Gebu Gebas. Selamat mencuba. Mesti korang geram tengok kegebuan pau korang nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 3 sudu minyak masak.
- 2 cawan tepung gandum.
- 2 sudu besar mauripan atau yis.
- 2 sudu besar susu pekat.
- 1 sudu besar gula.
- Setengah cawan air suam.
- Sedikit garam.
Cara untuk membuatnya:
- Satukan yis, air suam dan gula dalam mangkuk. Kacau dan biarkan 10 minit hingga berbuih.
- Dalam mangkuk berlainan masukkan tepung, susu pekat, garam dan minyak masak kemudian gaul kesemuanya hingga sebati.
- Masukkan pula campuran yis dan uli hingga menjadi doh. Kemudian bentukkan doh tadi menjadi bulat-bulat. Ni saya dapat 10 biji saiz macam dalam gambar. Biarkan doh naik. Tutup dengan plastik.
- Leperkan doh kemudiab boleh masukkan inti dan biarkan doh mengembang sekali lagi.
- Kukus pau selama 10 minit je. Api sederhana besar (jangan lebih nanti pau berkedut).
- Balut dan tutup tempat kukusan dengan kain. Selepas 10 minit tu angkat sekali dengan periuk kukusan tu dulu baru bukak tudungnya untuk elak pau berkedut.
- Siap dan sedia untuk dijamu atau dihidangkan.
P/s : Saya bubuh pelembut roti sedikit.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Irah Anje. Terima kasih.