Cara untuk membuat Lala Masak Butter Cheese. Lemak berkrim disukai ramai punya!

Sedap oiii. Meratah saja pun sedap yakmat. Lemak berkrim disukai ramai. Lagi-lagi ada topping cheese tu. Tak jadi lauk kalau masak gini. Kalau yang buat diet keto atau atkins memang boleh buat. Nak tau apa ke benda atkins dengan keto tu boleh google ek. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Umi Watie. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg lala.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 biji cili api.
  • 1 sudu besar chili flake.
  • 1 sudu besar lada hitam.
  • 1 cawan susu segar.
  • 4 keping keju.
  • Daun bawang.
  • Keju mozarella.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula tumiskan bawang putih cincang. Tumiskan sampai dia naik bau. Masa ini bau dia Masya-Allah sedap sangat.
  2. Bila bawang putih dah kekuningan bubuh cili api, chili flake dan lada hitam. Kalau suka pedas boleh gandakan jumlah cili api. Kakchik suka pedas manja-manja macam kakchik.
  3. Semua dah garing dan wangi bubuhkan susu segar. Takde susu segar bubuh susu cair pun boleh. Nak bancuh susu anak pun boleh. Takde hal ye adik kakak.
  4. Bila susu dah mendidih masukkan keju keping. Gaul gaulkan supaya semua rata. Kena adil dan saksama.
  5. Bila keju dah cair elok masukkan lala yang dah dibasuh bersih dalam kuali. Gaul gaulkan biar lala masak. Tuangkan dalam mangkuk cantik yang tahan ketuhar.
  6. Taburkan keju mozarella dan daun bawang. Bakar dalam ketuhar 180 darjah celsius selama 25 minit sampai keju cair.
  7. Tada dah siap, hidangkan pada anak dan suami. Sesekali makan gini seronok juga. Modal pun tak mahal mana. Selamat mencuba korang.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Lala Masak Serai Cili Api Thai. Memang terlajak sedap!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.