Pencuci mulut paling meriah dan padu Puding Milo Berlapis Biskut Oreo. Jom cuba!

 

Sekarang ni viral betul Kek Milo 4 Bahan tu , nak buat tapi tak cukup bahan la pulak. Aduhai, jadi sis buat Puding Milo la asalkan milo. Bahan-bahan pun simple je dan nak buat pun mudah, Ada yang nak resepi ke? sis share resepi sini. Kot nanti uols nak try buat Puding Milo pulakkan hehe tapi yang ni sis tambah lapisan puding oreo kat tengah sebab nak bagi dia lawa

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 Paket agar-agar serbuk 10g.
  • 4 cawan air.
  • 1 cawan gula.
  • 1 tin susu cair.
  • 3/4 cawan Milo.
  • 1 bungkus oreo (patah-patahkan bersama dengan krim).

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masak agar-agar sehingga larut, kemudian masukkan gula dan kacau sampai semua sebati. Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih. Asingkan 2 cawan adunan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo. Kacau hingga sebati.
  2. Ambil 1 cawan adunan agar-agar milo dan tuangkan ke dalam acuan. Saya guna acuan bunga tu nak bagi puding cantik. Nak guna loyang atau bekas apa-apa pun boleh. Baki adunan milo lagi separuh tadi tu panaskan atas api kecil sebab tak nak bagi dia cepat keras.
  3. Tunggu sehingga adunan milo dalam loyang keras sedikit dalam keadaan masih suam. Cucuk adunan milo dengan garfu /lidi supaya adunan seterusnya melekat. Dengan berhati-hati, tuangkan adunan putih (susu) kat atas lapisan puding milo. Tuang dari bahagian tepi sebab bahagian tengah masih cair dan tak keras sangat lagi, tuang perlahan-lahan.
  4. Kemudian susun oreo yang telah dipatahkan. Biarkan lapisan putih mengeras sedikit. Lakukan proses yang sama toreh permukaan dengan garfu. Akhir sekali tuangkan baki lapisan milo.
  5. Biarkan sejuk dalam peti ais. Dah siap, boleh potong dan hidangkan
Baca juga :  Cara untuk membuat Lompang Cendol. Comel-comel je nampak lompang cendol ni.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.