Resipi Nasi Beriani Ayam Tanam, Ada Petua Nasi Jadi Lembut & Gebu Elok!

Resepi nasi beriani ayam tanam ini sungguh lembut, gebu dan cukup rasa. Cara memasaknya pula agak berbeza kerana beras perlu direbus terlebih dahulu. Beras yang direbus ini bukan sahaja menghasilkan nasi yang lembut, sekaligus dapat membuang kanji yang tidak elok untuk kesihatan.

Untuk mengetahui cara penyediaannya dengan lebih lanjut, mari ikuti resipi perkongsian oleh Encik Muliadi Ramli di bawah.

A. Bahan perapan ayam (1.5 kg)

  • Halia 2 inci.
  • Bawang putih 5 ulas.
  • Tomato 1 biji.

*Bahan di atas dikisar.

  • Yogurt 4 sb.
  • Rempah beriani 5 sb.
  • Garam masala 2 sb.
  • Serbuk cili 1 sb.
  • Lada hitam 1 sb.
  • Garam.

B. Beras beriani.

  • Beras basmathi 1.2 kg.
  • Beras direbus bersama daun bay/salam 3 helai, 4 sekawan, 1 sk lada hitam, 2 sb garam dan minyak masak 1 sb.

Cara merebus beras: Didihkan air dengan bahan-bahan tadi. Bila air betul-betul mendidih, masukkan beras dalam 5 ke 7 minit. Tutup api, toskan dan ketepikan beras.

C. Bahan tumisan.

  • Bawang holland 1 biji dimayang.
  • Minyak sapi 3 sb.
  • Minyak masak 2 sb.
  • Rempah 4 sekawan.
  • Daun salam 3 helai.

D. Bahan-bahan lain:

  • Daun ketumbar 2 ikat.
  • Susu cair 1/2 tin.
  • Biji gajus yang digoreng 2 genggam.
  • Kismis 1 kotak kecil.
  • Bawang goreng 2 cwn.
  • Kentang 2 biji (dipotong nipis dan digoreng tujuannya diletak dibahagian bawah sekali bila masak nasi nanti).
  • Tomato 3 biji (1 biji untuk masak dengan ayam, 1 biji untuk nasi, 1 biji untuk buat salad).
  • Telur 6 biji (direbus dan ditanam bersama ayam).
  • Cili besar hijau / cili padi hijau.
  • Garam gula perasa secukup rasa.
  • Daun pudina (tak letak pun tak apa).
Baca juga :  Buntu nak buat apa untuk minum petang? Jom cuba resepi Cekodok Pisang Rangup diluar dan lembut didalam ini. Berbaloi punya!

Cara membuatnya:

  1. Mula-mula tumis bawang holland, masukkan segala bahan tumis dan akar ketumbar. Biar sampai nasi naik bau.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang diperap tadi. Tutup periuk dalam 20 minit dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Selepas itu, masukkan 1 cawan bawang goreng, tomato, cili hijau, kismis, daun ketumbar, garam dan gula.
  4. Apabila ayam sudah masak, ketepikan.

Cara membuat beriani:

  1. Mula-mula ambil kuali, susun kentang yang digoreng tadi. Letak pada bahagian paling bawah.
  2. Kemudian, letakkan nasi yang direbus tadi 1 lapisan. Kemudian, susun lauk ayam tadi 1 lapisan.
  3. Lapisan ketiga, letakkan lagi nasi. Boleh taburkan juga bawang goreng dan daun ketumbar. Lapis lagi dengan ayam dan akhir sekali tutup dengan nasi.
  4. Kemudian boleh letak pewarna kuning, susu cair dan sedikit minyak. Tutup kuali dan masak atas api kecil selama 15 hingga 20 minit.
  5. Selepas itu, boleh tutup api dan biarkan lagi selama 1o minit. Kemudian, baru dibalik-balikkan nasi itu.
  6. Siap untuk dihidangkan. Boleh makan dengan salad dan sambal cili jika suka.
Baca juga :  Resepi Satay Goreng. Tak perlu guna lidi untuk cucuk dah! Memang sedap.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Muliadi Ramli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.