Cara dan Resepi Vadai Dal Sugu Pavithra

Saja nak try resepi Vadai Dal Sugu Pavithra. Memang favorite sejak kecik. Tak sangka menjadi! Dalam tu lembut lepastu luar tu garing. Gigit pulak lada hijau. Perghhhh Sampai dah tinggal 3 keping baru teringat nak ambik gambar.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan dal (rendam minimum 4 jam, asingkan 2 sudu kemudian kisar halus yang lain).
  • 1 bawang besar.
  • 1 sudu besar jintan manis.
  • 1 sudu besar garam.
  • 3 tangkai cili kering.
  • 3 tangkai cili padi.
  • 3 tangkai daun kari.

Cara membuatnya:

  1. Kalau boleh dal tu blend kering. Kalau letak air cuba tapiskan. Supaya tak berderai bila goreng.
  2. Masa masukkan nak goreng tu kepal2 dulu, minyak mesti panas lepastu jangan terbalikkan awal. Biar dia terapung dan mengeras bawah baru terbalikkan. Api sederhana.
  3. Campur je semua bahan, bentukkan bulat dan terus goreng.
  4. Siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Kasui / Kaswi / Kosui

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan kembali oleh Arif Eddy. Terima kasih.

Edited: Anda semua boleh ke Channel Youtube Arif Eddy untuk resepi yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.