Cara membuat Ikan Siakap Stim Ala Thai

Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai. Selamat Mencuba. Sedap bagitahu dan kongsikan resepi ini kepada yang lain.

Bahan yg diperlukan adalah seperti berikut:

  • Seekor ikan siakap.
  • 2 biji limau nipis.
  • 1 batang serai.
  • 5 hirisan halia.
  • 3 tangkai cili kecik merah.
  • 3 tangkai cili kecik hijau.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 batang daun ketumbar.
  • Setengah kiub pati ayam.
  • Sos ikan.

Cara kukus ikan:

  1. Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
  2. Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
  3. Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
  4. Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Bawal masak sambal yang padu dan enak. Mudah disediakan sempena Ramadhan kali ini.

Cara masak kuah stim ala Thai:

  1. Cincang bawang putih secara kasar.
  2. Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim.
  3. Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
  4. Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
  5. Kacau kuah sehingga sebati.
Baca juga :  Cara memasak Sotong Stim Limau

Langkah terakhir:

  1. Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
  2. Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
  3. Sedia dihidang.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Zurina Zulkefli melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.