Cara Membuat Brownies Cookies

Minum kopi, celik sampai sekarang. Nah. Saya kongsikan resepi brownies cookies yang paling mudah disediakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji telur.
  • 140 gram gula icing.
  • Sedikit Esen vanila.
  • 100 gram tepung kek.
  • 240 gram coklat coins.
  • 80 gram unsalted butter.
  • Peanut.

Cara membuatnya:

  1. Pukul telur dengan kadar yang biasa. Takmau laju-laju tau. Masukkan gula icing. Sama juga. Gaul. Esen vanila. Gaul. Masukkan tepung. Gaul.
  2. Panaskan coklat coins tambah unsalted butter secara double boiled.
  3. Bila dah cair dan sebati, terus masukkan dalam adunan tepung, gula dan telur tadi tu. Bila dah sebati, masukkan dalam piping bag dan piping atas mat. Jangan lupa tabur peanut ya.
  4. Masukkan dalam oven dengan suhu 140’c selama 30 minit.
Baca juga :  Resepi Kuih Dulu-dulu iaitu Kuih Bom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.