Cara untuk membuat Ayam Bakar Peri-peri Jakarta yang enak tak terperi sedapnya!

Ayam Peri-Peri Jakarta ala Khairul Hakimin Muhammad Kalau yang KHM buat memang peri betul. Yang saya buat ni enak tak terperi. Nak katanya senang je rupanya nak masak ayam nih. Jom cuba. Terima kasih kepada Puan Amanina Matali kerana berkongsi resepi hebat ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Setengah kilo ayam.
  • 1 sudu besar serbuk kari daging.
  • 1 sudu besar serbuk cili.
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil perahan lemon.
  • Secubit oregano.
  • Secubit lada hitam.
  • 1 sudu besar gula apong (resepi asal gula Melaka).
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan di atas dalam mangkuk dan bancuh rata.  Hiris-hiris sedikit pada ayam tu untuk rempah senang serap nanti.
  2. Lumurkan ayam dengan bahan perapan tadi sehingga rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit, sambil tunggu oven panas.
  3. Kemudian, bakar dalam sejam menggunakan suhu 120-130 degree celcius. Saya palingkan/terbalikkan ayam setiap 20 minit. Sapu lagi bahan perapan tadi atas ayam selang 15 minit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Berempah yang garing dan menasyikkan. Padu beb!

Dah siap! Selamat mencuba semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.