Nah, bagi yang dah boring makan pancake cara biasa, jom kita buat cara luar biasa sikit. Anak-anak pun teruja makan cara gini. Nah resepi “Superdaddy Cereal Pancake” yang mudah yakmat. Resepi ini adalah kepunyaan Encik Khairul Abdullah. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum.
- 1 cawan susu segar/full cream/low fat atau apa sahaja.
- 1 sudu gula.
- 1 sudu kecil garam.
- 1 sudu besar baking powder.
- 1 biji telur.
- 2 sudu butter yang telah dicairkan.
- 1 sude kecil esen vanilla jika ada.
Cara nak buat dia:
- Campur semua bahan dan kacau sebati. Masukkan dalam botol bermuncung atau ziplock dan gunting lubang kecil.
- Panaskan non-stick pan dengan api paling kecil.
- Picit dan titikkan bancuhan ke dalam kuali ikut saiz yang disukai. Biar sampai keluar bubble/berlubang (sekitar 1-2 minit) dan balikkan sekitar 1-2 minit juga.
- Siap. Boleh nak makan dengan susu macam cereal, boleh nak letak butter dan maple syrup, boleh letak aiskrim dan apa sahaja yang manis.
Tapi kan, bercinta jugaklah nak dapat semangkuk cereal tu. Empat round baru dapat semangkuk kecil. Kalau kau sejenis orang tak gigih, maka tak payah buat lah yer. Kalau kau rajin dan gigih macam aku, maka selamat mencuba.