Breakfast hari ni saya buat mi PHAD THAI UDANG. 1st time makan dekat kedai siam terus jadi suka. Rasanya lebih kurang sama dengan kuetiau goreng cuma bahan yang digunakan adalah berbeza dan minya lebih halus. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 paket mi pad thai direndam dengan air panas (boleh guna kuetiau halus).
- 6 bawang putih dicincang.
- 1 keping tauhu didadu dan digoreng.
- 10 ekor udang segar.
- Daun bawang- dipotong panjang.
- 1 mangkuk taugeh.
- 2 biji telur dipukul sedikit.
- 3 sudu besar lobak masin hiris kecil.
Campuran sos phad thai:
- Air asam jawa.
- Gula melaka/ gula perang.
- Sos ikan thai.
Di campurkan semuanya agak-agak masin, masam dan manisnya seimbang.
Bahan tabur:
- Kacang tanah goreng ditumbuk kasar.
- Chilie flaked & hirisan daun ketumbar/sup.
Cara-cara menggoreng Phad Thai:
- Tumis bawang putih hingga wangi, masuk udang dan masak seketika.
- Masukkan phad thai, taugeh, tauhu goreng, daun bawang, lobak masin dan tuangkan sos pad thai gaul rata. Gaul rata-rata.
- Ketepikan phad thai, tuang telur kacau hingga telur masak garing setelah itu gaul semua rata-rata.
- Tabur chilli flakes, kacang tanah tumbuk, hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis semasa menghidang phad thai goreng.