Cara untuk membuat Pancake Dorayaki yang sedap elok gebu untuk anda cuba.

Dah lama nak try resipi pancake dorayaki ni. Tapi tak buat-buat juga. Sampailah semalam tgk IG member sekolah dulu, kejadian elok gebu mcm ni. Minta resipi terus dan buat.

Akhirnya dapatlah hasil macam ni. Nampak tak keterujaannya sampai share gambar dari pelbagai sudut. Serius memang sedap elok gebu. Silalah buat ya. Teman minta izin Hazierra Rahim dah untuk share dengan cik puan semua dan diulang siar oleh Puan Chenta Qaseh.



Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 biji telur ayam.
  • 1/2 cawan gula.
  • 2 sudu besar baking powder.
  • 3 sudu besar air.
  • 1 sudu besar susu pekat.
  • 1 sudu besar minyak masak.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cokodok Pisang Rangup.



Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pukul telur dan gula sampai kembang kemudian masukkan esen vanila.
  2. Campurkan baking powder dan air dan kacau sehingga larut. Masukkan dalam telur yang dipukul kembang tadi dan gaul-gaul bagi sebati.
  3. Masukkan tepung, susu pekat dan minyak. Gaul bagi sebati. Kalau adunan pekat tambah air 1 hingga 2 sudu besar lagi.
  4. Rehatkan adunan dalam 15 minit.
  5. Panaskan kuali non stick anda. Sendukkan adunan ikut saiz yang kita nak api tolong jangan kuat ye. Buatlah ikut saiz yang disukai.
  6. Buka api dapur paling halus. Kena sabar ye masak pancake ni. Kome tak sabar, hanguslah pancake kome. Teman suka dia leper sikit sebab cepat masak, jadi teman tambah 2 sudu besar air lagi.
  7. Buat crepe pun elok sedap. Dah sejuk pun rangup. Selamat mencuba. Inti ikut la kegemaran anda. Boleh letak nutella, kaya, madu, peanut butter dan apa sahaja. Oles dengan butter pun sedap.
Baca juga :  Cara Nak Buat Ais Krim Pelangi Paddle Pop. Mudah dan murah untuk anda sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.