Cara untuk membuat Bergedil Biskut yang anda pasti tak sangka akan kesedapannya. Cubalah! Menurut pemilik resepi ini iaitu Nuraisyah Abdullah;
Favourite kami dari kecik. Inti bergedil kentang kapitkan dengan biskut hupseng celup telur dan goreng. Sedap makan macam tu jer. Tak payah cicah-cicah pun boleh. Siapa berminat cubalah. InsyaAllah rasa tak menghampakan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Kentang dalam 6 atau 7 biji direbus dan dilenyek.
- Garam, lada sulah, cukup rasa.
- Bawang besar potong dadu.
- Bawang putih 2 ulas cincang halus.
- Daun sup dan bawang hiris halus.
- Telur ayam sebiji.
- Biskut hupseng secukupnya.
Cara-cara membuatnya:
- Sama macam buat bergedil biasa tu. Cuma di kapitkan dengan biskut hupseng celup telur dan goreng seperti biasa.
- Boleh jugak guna resepi mana2 bergedil. Cuma saya dah biasa buat dgn bergedil kentang jer. Yang saya buat ni tak ada daun sup sebab tak da stok kat rumah, kalau letak mesti lagi sedap.
- Lepas dah siap inti bergedil tu, kapitkan dengan biskut lemak tu dan celupkan dalam telur sebelum digoreng. Bila dah telur tu masak boleh angkat dan toskan minyaknya jika ada.
Boleh juga tengok resepi bergedil bersama sambal kicap yang padu ni. Selamat mencuba.