Cara untuk membuat Popia Carbonara Frozen yang akan memudahkan anda menyediakanya kelak.


Cara untuk membuat Popia Carbonara Frozen yang akan memudahkan anda menyediakanya kelak. Petang-petang boleh goreng untuk encik abang dan juga anak-anak. Tambah musim hujan dan PKP ni keja lapaq ja kan.

Yang penting resepi ni senang sangat. Terima kasih kepada Harmiza Razak kerana berkongsi resepi sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang holland secukupnya dan potong dadu.
  • Bawang putih secukupnya dan dipotong dadu.
  • Isi ayam dipotong dadu.
  • Sosej ayam.
  • Cheese mozzarella atau cheese petak.
  • Sos Prego keju dan herba.
  • Blackpepper.
  • Kulit popia  secukupya.
  • Butter cup sikit untuk menumis.
  • Susu Pure Fresh Milk Farm Fresh.

Cara-cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:

  1. Masukkan butter sikit dan tumiskan bawang holland bersama bawang putih.
  2. Bila bahan tumisan dan naik bau dah perang sedikit, masukkan ayam. Ayam tu masak sampai kering okay.
  3. Agak lagi sikit nak kering, masukkan sosej. Lepastu masukkan blackpepper.
  4. Kemudian, masukkan sos prego keju dan herba. Kena pakai prego yang ni baru marvelous rasanya nanti.
  5. Lepastu masukkan susu Pure Fresh Milk Farm Fresh. Masuk sikit je. Kalau tak ada pun takpa no problem.
  6. Kemudian, masukkan chesse slice pula kedalam kuah kita tadi. Kemudian masukkan bahan last kita iaitu carrot pula dan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
  7. Bila dah siap sos kita tadi bersedialah untuk diisi kedalam kulit popia kita tadi. Beli kulit popia yang dah siap je. Balut nanti tu agak-agak je. Jangan lebih sangat jangan kurang sangat.
  8. Bila dan siap balut. Bolehlah simpan dalam peti sejuk dan goreng bila perlu.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Kulit Popia bersama resepi sosnya yang padu. Boleh la buat Popia Basah sendiri lepas ni!

Selamat mencuba semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.