Cara untuk membuat Kuih Bingka / Bengkang Pandan Bakar. Lembut didalam setiap suapan!

Cara untuk membuat Kuih Bingka / Bengkang Pandan Bakar. Lembut didalam setiap suapan! Feveret sokmo-sokmo. Cer like sape suka kuih ni. Jom kita cuba buat sendiri kuih ni hasil daripada resepi yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan gula.
  • 3 biji telur.
  • 1 cawan air pandan (blender 4 helai daun pandan bersama secawan air).
  • 2 cawan santan (1 cawan santan kotak+1 cawan air).
  • Pewarna hijau.
  • Pes @ esen pandan.
  • Bijan secukupnya.
  • 1/2 sudu kecik garam.
  • 2 sudu besar butter.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Goreng Naget Ayam Tempura. Kesedapan yang tidak terhingga untuk anda sekeluarga.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali bijan ke dalam blender dan blend sebati hingga halus.
  2. Masukkan ke dalam acuan yang telah di sapu butter terlebih dahulu.
  3. Tabur bijan. Bakar selama lebih kurang sejam pada suhu 200 darjah. Nak lagi hangit  dan rangup boleh tambah masa.
  4. Bila dah siap bakar, biarkan ianya sejuk dulu dan baru dipotong.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.