Ikan Siakap Goreng ala Thai yang sedap mencengkam

Jom la cuba cara untuk membuat Ikan Siakap Goreng Ala Thai ni. Rasanya pun dah cukup untuk membuatkan mereka yang merasanya kenyang. Konfem menu ni akan habis dulu. Tak percaya cubalah. Terima kasih kepada Nor Adila Mohd Nor untuk resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar.
  • 2 sudu besar tepung ubi.
  • 2 cawan minyak.
  • 5 biji bawang merah dipotong dadu halus.
  • 2 batang serai diracik halus.
  • 2 biji limau nipis; 1 diperah jusnya dan tapis, 1 potong dadu.
  • 2 sudu besar udang geragau digoreng garing.
  • 1 biji cili merah dipotong nipis serong.
  • 10 biji cili api diracik halus-halus.
  • 2 sudu besar sos ikan.
  • 1 inci halia diracik halus.
  • 5 sudu besar gajus goreng dan ditumbuk kasar.
  • 2 sudu besar gula thai / nise / gula kabung.
  • 5 sudu besar air.
  • Daun pudina secukupnya untuk hiasan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Patin Masak Tempoyak. Resepi terbaik untuk anda dan keluarga.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sediakan bahan-bahan diatas. Panaskan minyak kemudian Sapu rata tepung ubi pada ikan dan goreng ikan tersebut hingga garing.
  2. Ambil 5 sudu makan minyak menggoreng ikan tadi. Tumiskan bawang, cili api, cili merah, serai dan halia hingga layu dan naik bau.
  3. Tambah sos ikan dan gula nise atau gula thai. Tambahkan sedikit air. Setelah mendidih curahkan bahan-bahan dimasak atas ikan. Tabur gajus dan udang geragau.
  4. Siap dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat sendiri Ikan Sardin yang sangat berbaloi untuk dicuba. Tak perlu was-was untuk memasaknya kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.