Sekali dah goreng, lepas nih berkali-kali nak makan Lagi. Jujur ni tau. Tak caya cuba la dan rasa sendiri. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 kilogram Ayam dicuci bersih.
- Bawang putih 1.5 oz.
- Cumin seed 1 sudu kecil.
- Daun ketumbar 1 sudu besar.
- Sos tiram 1 sudu besar.
- Bawang merah ½ cawan.
- Soy sauce 1/4 cup.
- Serbuk lada putih 1 sudu kecil.
- Gula 1 sudu besar.
- Garam 1 sudu kecil.
- Biji ketumbar 2 sudu kecil.
- Tepung beras ¼ cawan.
Cara-cara penyediaan:
- Kisar semua bahan kecuali ayam dan tepung. Perapkan ayam bersama bahan yang dikisar paling kurang 2 jam.
- Masukkan tepung beras bersama ayam yang diperap dan gaul sebati.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak antar 4 hingga 6 minit.
- Angkat ayam dan toskan minyak. Dah siap dan boleh dihidamg bersama Sos Thai.
Cara untuk membuat Bawang Goreng:
- 5 hingga 6 biji bawang merah dihiris tipis.
- Sediakan tisu dan letakkan bawang yang telah dihiris di atas tisu. Taburkan sedikit garam.
- Panaskan minyak dan gorengkan bawang sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan dahulu.
- Akhir sekali, taburkan bawang di atas ayam yang telah digoreng. Selamat mencuba.\