Rupanya ini cara sebenar untuk buat Kuah Asam Laksa sesedap macam di Pasaraya Besar tu!

Kami kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat laksa viral ala-ala asam laksa dalam pasaraya tu. Fuh memang tersangat sedap, meleleh air liut ni bila fikir.. Patutlah ramai yang suka. Saya pun tergoda.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 tin ikan sardin dan dibuang sosnya.
  • 1 peket pes asam pedas.
  • 1 keping nenas yang masak ranum.
  • Sedikit belacan dibakar terlebih dahulu.
  • 2 biji bawang merah.
  • Cili kering. Bagi yang tak nak pedas tak perlu letak.
Baca juga :  Mudahnya masak Asam Laksa bersama kuahnya yang padu.

Kesemua bahan-bahan diatas perlu dikisar bersama sehingga halus.

  • 3 Kuntuk Bunga kantan.
  • Secekak daun kesum.
  • 2 keping asam keping.
  • Bebola ikan secukupnya.
  • Sedikit garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam periuk, kemudian masukkan air secukupnya mengikut kepekatan yang dikehendaki.
  2. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Renehkan sehingga menggelegak, kemudian masukkan bebola ikan, sedikit garam dan serbuk secukup rasa.
  3. Untuk ulaman terpulang pada anda untuk tentukan seperti timun, cili merah potong, hirisan bawang, limau kasturi dan nanas.
Baca juga :  Ini Cara Ekspres Dan Jimat Masak Laksa Guna Sardin Dalam Tin

Selamat mencuba.

One thought on “Rupanya ini cara sebenar untuk buat Kuah Asam Laksa sesedap macam di Pasaraya Besar tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.