Cara untuk membuat Aiskrim Malaysia Asam Boi super sedap.

Jom Admin kongsikan satu hidangan yang boleh sejukkan tekak anda iaitu Aiskrim Asam Boi. Mudah je nak sediakan dengan bahan-bahan yang senang nak dapat. Terima kasih Ida Alina Salleh untuk perkongsian resipi Aiskrim Asam Boi Limau Kasturi ini

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan gula (boleh kurangkan sedikit jumlahnya).
  • 2 liter air.
  • 2 sudu makan tepung jagung (campur dengan sedikit air dari sukatan 2 liter).
  • 3 – 4 sudu makan kordial asam masin Double Lion.
  • 24-30 biji asam boi.
  • 4-5 biji limau kasturi.
  • Sedikit garam.
  • Plastik aiskrim secukupnya.

Cara-Cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan air, air campuran tepung jagung, gula dan asam boi ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
  2. Masukkan kordial. Rasa terlebih dahulu dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kacau sebati dan sejukkan.
  3. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau Kasturi ke dalam bancuhan air asam boi tadi. Kacau.
  4. Tapiskan air dan ketepikan asam boi.
  5. Masukkan asam boi ke dalam plastik. Jumlahnya dalam 1 biji untuk satu plastik aiskrim.
  6. Letak air asam boi. Ikat ketat dan bekukan semalaman sebelum dinikmati.
Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Sambal Goreng Sayur Pedas Manis. Kesedapan hingga ke suapan yang terakhir.

Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.