Pencuci mulut ni memang popular tau. Apa lagi jom la buat Agar-Agar Santan Gula Melaka yang lembut dan enak!

Rasanya ramai peminat agar-agar kat sini kan? Dimakan sejuk-sejuk ketika berbuka pose, fuhhhh memang win. Sebenarnya, mudah sangat nak buat agar-agar ni. Yang penting korang kena tahu sukatan cecairnya supaya agar-agar tak berair walaupun di simpan 2-3 hari dalam peti sejuk.

Setelah mencuba macam-macam resepi, then As jumpa resepi yang betul-betul tepat sukatan cecairnya. Disini As sharekan resepinya. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Asrinna Bakri. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 paket agar-agar bertali (10gram).
  • 600 ml air.
  • 200 ml santan kotak.
  • 150 air gula (resepi di bawah).
  • 1 biji telur (dipukul).
  • Daun pandan.
  • Secubit garam.
Baca juga :  Ada peminat k-drama ke kat sini? Jom buat sendiri Tteokbokki (Kek beras) Korea Versi Halal.

Bahan-bahan air gula:

  • 2 buku gula melaka.
  • 250 gram gula merah.
  • 3 sudu besar gula pasir.
  • 2-3 ketul sederhana gula batu.
  • 400ml air.
  • Daun pandan.

Masak semua bahan air gula dengan api sederhana hingga mendidih. Tapis dan sejukkan.

Cara-cara membuat agar-agar:

  1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan agar-agar. Kacau hingga agar-agar betul-betul larut. Tips : tutup periuk supaya agar-agar cepat larut. Kena pantau juga supaya ia tak membuak.
  2. Masukkan air gula. Kacau rata.
  3. Dalam mangkuk, campurkan santan, telur dan garam. Pukul rata.
  4. Tuang adunan dalam periuk tadi sambil kacau tanpa henti.
  5. Teruskan kacau hingga mendidih dan hampir membuak. Perlahan kan api dan biarkan ia mendidih. Ini untuk memastikan santan ‘pecah’ dan terpisah.
  6. Tuang agar-agar dalam acuan. Sejukkan.
Baca juga :  Resepi Mee Goreng basah yang boleh bikin anda Ketagih.

Mudahkan? Korang boleh pelbagaikan resepi ni. Formula yang korang kena ingat ialah: 1 paket agar-agar (10 gram) = 1000ml cecair. Selamat mencuba. Silakan save dan share. Boleh keep resepi ni sebagai juadah terbaik anda nanti. Doakan rezeki As sekeluarga berlimpahan ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.