Ikuti cara ini untuk membuat Nasi Beriyani Sedap yang pasti jadi!

Saya kongsikan ilmu. Nak belajar tak buat nasi beriani anti gagal kompem jadi. Resepi paling ringkas mudah guna perencah Nasi briyani@MAGGI. Terima kasih kepada Puan Norzurah Samudin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 cawan beras basmathi-saya guna cawan plastik ikea.
  • 2 sudu makan marjerin/butter.
  • 2 sudu makan minyak sapi.
  • 2 simpul daun pandan.
  • 1/2 peket Perencah nasi briyani maggi.
  • 1/2 cawan Susu cair -sukat air guna cawan yang sama sukat beras.
  • 4 1/2 cawan air.
  • 1 sudu makan garam.

Blender semua bahan-bahan diatas.

  • 2 biji sedang bawang merah.
  • 2 biji bawang putih.
  • Sedikit halia.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rendam beras basmathi selama 15 @ 30 minit pastu toskan. Tumis bahan yang telah diblend dengan marjerin/butter ditambah minyak sapi.
  2. Masukkan rempah tumis dan daun pandan kemudian masukkan perencah briyani. Tak payah tumis beria. Asal nampak didih je masukkan air bersama susu cair letak garam. Tunggu sampai didih.
  3. Masukkan beras sesekali godak bagi rata. Kalau pro ok je godak selalu. Kalau baru nak belajar jangan godak selalu nanti patah-patah beras tak cantik gitu. Biar sampai nasi kering kecilkan api dapur tutup periuk.
  4. Biar selama 30 minit dan dah siap nasi beriani anti gagal kita kali ni.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Beriyani Bangladesh bersama Kari Ayam Padu. Rasanya sedap dan enak dari kebiasaanya!

Dah siap nasi buh la hiasan warna kuning gaul-gaul bersama nasi. Boleh tabur bawang goreng, daun sup,kismis dan gajus. Selamat mencuba. Don’t worry nasi lembut Insya Allah sedap. Saya halalkan ilmu ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.