Cara untuk Membuat Serunding Daging

Alhamdulillah siap serunding daging saya. Makan kegemaran suami sesangat. Siap packing simpan peti ais. Sabar menanti kepulangan suami ke Malaysia yang entah bila hari dan masanya.

Kali pertama berjauhan dari mula PKP 1 hingga kini. Doa dan harapan moga Covid-19 segera berakhir agar kami boleh berjumpa semula. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sifu Aya Maria Fathil. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilo daging (rebus hingga empuk dan siat-siat halus).
  • 6 batang serai.
  • 4 biji bawang besar @ 15 biji bawang merah kecil.
  • 1 labu bawang putih.
  • 20 tangkai Lada kering (kalau nak pedas sikit tambah lagi 5 tangkai Lada kering).
  • Sedikit lengkuas.
  • Sedikit halia.
  • Garam lebih kurang 3 1/2 sudu kfc (secukup rasa).
  • Gula pasir lebih kurang 11 sudu besar (secukup rasa).
  • Serbuk perasa jika suka.
  • 2 biji kelapa (santan) @ sekilo santan. Salah satu ya. Saya guna 1 kilo daging bersamaan 1 kilo santan.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Bali sebagai menu sahur dan berbuka anda. Selamat mencuba.

Cara membuatnya adalah seperti berikut:

Kisar semua bahan di atas. Masukkan dalam kuali bersama santan dan daging yang telah disiat. Masak dan kacau hingga kering. Tak payah tumis. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masak hingga kering. Siap dan bolehlah dihidangkan atau disimpan untuk dimakan dipagi raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.