Cara untuk membuat Pes Ikan Bakar Petai yang membuka selera anda. Secubit pasti tak cukup nanti!

Memasak ni kadang terlebih rajin kadang kurang rajin kadang malas. Harini akak masak Ikan bakar petai yang viral tu. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Norzurah Samudin. Selamat mencuba! Resepi ni untuk 4 ekor ikan.

Bahan-bahan untuk buat pes:

  • 4 – 5 batang serai.
  • 1 biji bawang besar.
  • 3 biji bawang putih.
  • Sedikit halia.
  • 5 – 6 batang cili padi.
  • 4 – 5 batang lada Merah hidup.
  • 1/2 cawan @ 1 senduk lada kering yang siap blend.
  • Air asam jawa (anggaran 1/2 cawan).
  • Garam gula secukupnye.
  • Petai secukupnya.
Baca juga :  Resepi Sambal Udang Petai. Makan dengan nasi panas memang tak sedar nasi habis!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bahan-bahan di atas diblend kemudian ditumis hingga garing kemudian di simbah/lumur pada ikan.
  2. Daun kunyit dihiris halus di campur pada bahan pes tadi. Taburkan petai keatas ikan kita.
  3. Kemudian boleh bakar dan masak sehingga siap.

Selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.