Resepi lengkap dan sedap untuk membuat Mee Sizzling. Pasti puas hati!

Sesekali masak mee sizzling pulak, hari-hari makan nasi pun jemukan. Saya sertakan sekali resepi untuk membuat Mee Sizzling lengkap dengan kuahnya yang sedap dan pasti puas hati. Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Julieta. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 inci halia potong nipis.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 3 ketul ayam di potong kecil.
  • 8 tangkai cili kering potong kasar. (1 tangkai potong 3 bahagian)
  • 8 biji mushroom kering rendam dalam air panas, kemudian dipotong kasar.
  • 6 sudu besar sos tiram.
  • 1 senduk kecil kicap lemak manis.
  • 1@2 sudu besar kicap pekat.
  • 1 sudu besar minyak bijan.
  • 4 sudu besar tepung jagung, larutkan dalam air terlebih dahulu.
  • Yee mee, sayur sawi dan telur ayam secukupnya.
  • Hot Plate, nak guna pemanggang serba guna pun boleh. Guna kuali biasa pun boleh.
Baca juga :  Cara memasak Kuah Sizzling Yee Mee yang super enak dengan hanya menggunakan kuali sahaja!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan 3 sudu besar minyak masak dan minyak bijan. Bila dah panas masukkan halia dan bawang putih. Gunakan api perlahan dan kacau sampai kekuningan. Kemudian masukkan cili kering dan kacau.
  2. Apabila dah garing masukkan ayam dan 1 mug air, letak sedikit garam didihkan dalam 5 minit, kemudian masukkan cendawan kering.
  3. Kemudian masukkan semua jenis kicap mengikut resepi diatas tambah lagi air secukupnya dan didihkan. Bila kuah dah mendidih dan ayam dah lembut, masukkan bancuhan tepung jagung. Sentiasa kacau supaya kuah tak berketul sampai sesuai dengan kepekatannya.
Baca juga :  Resepi Pisang berkaramel Bersos Kastard. Menu minum petang yang sedap untuk anda cuba.

Cara penyediaannya:

  1. Letak hot plate atas dapur. Saya guna pemanggang serba guna jer. Kemudian letak sikit kuahnya baru letak yee mee sayur dan telur.
  2. Pastikan buka api tahap maksima, tuang kuah selebihnya kedalam yee mee dan dah siap.

Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.