Minuman penyegar badan. Jom kita cuba Air Rambutan berpudina ini. Perghh nyaman beb!

Rambutan banyak. Tak tau nak buat ape, jadilah yang ni. Minum sejuk-sejuk dikala tengahari panas terik memang nyaman beb. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Azizah Ibrahim. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Isi rambutan.
  • Air perahan limau nipis. Nak sedap pakai limau kasturi sebab lagi wangi.
  • Gula secup rasa.
  • Daun pudina.
  • Ais, dan Air kosong secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Air perahan limau nipis dibancuh dengan gula dan air kosong.
  2. Letakkan isi rambutan dan daun pudina. Masukkan ke dalam peti sejuk sekejap untuk kasi dia mesra-mesra gitu. Tak letak pun takpe kalau dah sabar hehe.
  3. Setelah itu, masukkan bancuhan tadi ke dalam gelas, masukkan ais dan hidang.
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Tofu Jepun atau Tofu Telur hanya dengan 3 Bahan Sahaja.

Rasa dia masam manis dan segar. Selamat mencuba ye. Nak letak asam boi dan biji selasih sikit pun tal pe. Sedap juga. Selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.