Cara untuk membuat Sos Seafood Ala-ala Shellout

Kami kongsikan kepada anda cara-cara untuk membuat Kuah atau Sos Seafood Ala-ala Shellout untuk anda semua mencubanya sendiri di rumah.

Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Bawang besar 2 biji.
  • Cili kering (satu genggam).
  • Bawang putih 3 ulas.

Kesemua bahan perlukah dikisar halus ya.

Cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:

  1. Panaskan minyak sedikit dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  2. Tunggu sambal naik minyak masukkan rempah kari daging (2 sudu) sehingga betul-betul pekat. Masukkan gula, garam dan perisa secukupnya.
  3. Masukkan ketam. Gaul rata Ketam. Masukkan sotong . Gaul rata Sotong.
  4. Tunggu 5 minit dan masukkan lala. Gaul rata Lala.
  5. Last sekali masukkan udang, bunga kobis dan brokoli kemudian gaul rata (jangan letak air dulu).
Baca juga :  Resepi Dan Cara memasak Ayam Masak Ungkep. Resepi pilihan untuk berbuka nanti!

**Optional: Kalau ada jagung rebus boleh potong dan masukkan sekali.

** Air tak payah letak sebab nanti udang dan sotong akan keluarkan air **.

*Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Muhammad Saufi Arifbillah II melalui Facebooknya di Group Masak Apa Hari Ini dan diolah semula untuk penyesuaian pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.