Kali pertama makan SIAKAP BAKAR cara gini semasa pergi konvokesyen anak di Perlis. Boleh tahan sedapnya hanya cicah air asam dan sambil kicap. Memang ringkas dan mudah je nak buat. Sedap pula tu. Jom cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 ekor ikan siakap.
- 3 sudu besar majerin/ butter.
- 4 sudu besar susu pekat manis.
- 1/2 cawan santan pekat KARA.
- Sedikit serbuk kunyit.
- Garam.
Cara-cara untuk memasaknya:
- Masak semua bahan-bahan diatas kecuali ikan dengan api perlahan sehingga agak pekat sedikit.
- Rasakan manis-manis lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya boleh tutup api. Ketepikan.
- Ikan dicuci bersih dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
- Bakar ikan dengan api sedang. Setelah siap bakar sapukan kuahnya atas ikan sambil-sambil dibakar lagi. Bila dah nampak bersalut elok boleh diangkat.
- Hidangkan dengan sambal kicap atau air asam kerisik.
Cuba la buat gerenti menambah-nambah makan. Selamat menjamu selera.