Anda sedang diet ada plan nak diet? Overnight Oats ini pasti menjadi kegemaran anda kelak!

Overnight Oats untuk snack dan sarapan segera. Saya suka tambah peanut butter dan yogurt untuk tingkatkan kadar protein dan juga chia seeds untuk tambah serat dan lain-lain zat. Resepi Overnight Oats ini adalah untuk untuk satu botol (saya gandakan 6 kali untuk dapatkan 6 botol). Terima kasih kepada Puan Ida Alina Salleh kerana berkongsi resepi sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/3 cawan rolled oats / muesli pun boleh.
  • 1 sudu besar chia seeds.
  • 1/4 sudu kecil cinnamon powder.
  • 1/2 sudu besar peanut butter.
  • 1/2 cawan susu segar.
  • 1/4 cawan yogurt. Boleh pilih sama ada nak asli atau yang berperisa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan di atas. Adunan nanti akan jadi agak cair sedikit tapi tak apa. Bahagikan dalam botol. Pastikan setiap botol mendapat jumlah cecair yang sama kalau anda plan nak buat lebih dari sebotol.
  2. Kemudian, masukkan 1 sudu besar yogurt dan tak perlu kacau ye. Biarkan je gitu.
  3. Hiasakan sikit dengan meletakkan 1 sudu besar frozen berries di atasnya.
  4. Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk dan bila nak makan ambil je. Insha Allah oats ni akan tahan dalam 5 hari.
Baca juga :  Resepi Tauhu Kukus Lembut Super Sedap

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.