Jom cuba buat sendiri Apam Gula Hangus. Cicah dengan Teh O panas memang terbaik!

Ada yg suka apam gula hangus? kalau ada yang nak resepi saya kongsikan disini. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Ida Zaida. Selamat mencuba semua! Ni resepinya.

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan gula.
  • 1 cawan air panas. Air panas yang baru masak tau.

Cara-cara buat Bahan A:

  1. Masak gula sehingga perang atas api perlahan. Kemudian tuang air panas kedalamnya.
  2. Biarkan sekejap atas api sampai gula cair dan sehingga semuanya sebati. Tutup api dan biarkan ianya sejuk.

Bahan-bahan B:

  • 2 biji telur gred b.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • 1 sudu besar marjerin (membukit).
  • 1/2 cawan minyak masak.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat.
  • 1 penutup esen vanilla.
Baca juga :  Kali ni anda mesti cuba resepi Bihun Goreng Limau Purut ni. Rasanya yang sedap seakan tom yam gitu!

Cara-cara membuatnya:

  1. Blender telur, susu pekat, marjerin, minyak, esen vanilla sampai kembang.
  2. Masukkkn tepung yang diayak dengan soda bikarbonat ke dalam blender.
  3. Masukkan gula hangus tadi dan blender sampai sebati.
  4. Biarkan 5 minit baru tuang dalam acuan lompang yang di sapu sedikit minyak. Tuang adunan 1/2 atau 3/4 acuan.
  5. Panaskan kukusan hingga air mendidih dan kukus adunan tadi selama 10 – 15 minit.
  6. Bagi yang nak frozenkan, tunggu kuih ni sejuk kemudian boleh la susun dalam bekas tupperware. Kalau disusun bertindan pastikan letak plastik supaya kuih tak melekat.
  7. Sejukkan dalam freezer. Bila nak makan kukus je balik dalam 5-10 minit sampai kuih lembut.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kerepek Peria Rangup. Kudapan sihat dan sedap!

Maaf yer buat tertunggu-tunggu resepi. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.